Semasa membuat pembelian rumah, biasanya pegawai bank akan meminta
anda mengambil takaful atau insuran untuk rumah tersebut. Ini kerana biasanya
pembiayaan yang diambil untuk pembelian rumah mengambil tempoh masa yang agak
lama antara 20 hingga 35 tahun.
Jika sesuatu berlaku kepada anda dalam tempoh pembiayaan tersebut dan anda tidak mempunyai takaful atau insurans, maka ia akan menjadi beban kepada waris anda.
Jenis Takaful atau Insurans yang ada bagi Pembelian Rumah

Terdapat 2 jenis takaful atau insurans bagi pembelian rumah, iaitu:
a. Mortgage Reducing Term Assurance/Takaful (MRTA/MRTT)
b. Mortgage Level Term Assurance/Takaful (MLTA/MLTT)
MRTA/MRTT
|
MLTA/MLTT
|
|
Premium
|
Rendah
|
Tinggi
|
Cara Bayaran
|
Sekaligus
|
Bulanan, Suku
Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan
|
Pembiayaan Bank
|
Ada
|
Tiada
|
Tujuan Polisi
|
Perlindungan
sahaja
|
Perlindingan + Nilai
Tunai
|
Pindah Milik
|
Tidak Boleh
|
Boleh
|
Perlindungan
|
Berdasarkan baki
hutang, berkurangan setiap tahun
|
Nilai perlindungan tidak berkurang
|
Penama
|
Bank
|
Sesiapa sahaja,
selalunya waris
|
Pembiyaan Semula
|
Polisi Terbatal
|
Polisi tidak
terbatal
|
Tuntuntan
|
Syarikat bayar
baki hutang, dan waris dapat rumah
|
Syarikat bayar
pampasan kepada penama untuk selesaikan hutang rumah. Rumah dan lebihan
pampasan diperolehi ahli waris
|
MRTA/MRTT
MRTA/MRTT adalah pelan insurans/takaful
hayat yang nilai pampasannya berkurangan sepanjang tempoh polisi. Polisi ini
akan ditawarkan oleh pihak bank untuk melindungi bank sekiranya sesuatu terjadi
kepada anda,dan anda tidak lagi mampu membuat pembayaran bagi pembiayaan rumah
anda. Ia tidak akan memberi perlindungan kepada anda dan keluarga.
MRTA/MRTT sesuai untuk mereka yang ada mempunyai takaful hayat dan perubatan yang mencukupi serta tidak mempunyai tanggungan yang ramai. Jika anda menjual atau membuat pembiayaan semula rumah anda sebelum tamat tempoh pembiayaan, anda tidak boleh pindahkan perlindungan ke rumah yang baru atau pembiayaan yang baru, apa yang anda boleh lakukan adalah tamatkan polisi MRTA/MLTT sedia ada dan memperoleh sedikit nilai serahan tunai, dengan anda mengemukakan dokumen jual beli atau pembiayaan semula kepada syarikat takaful.

MLTA/MLTT adalah pelan insurans/takaful hayat yang nilai pampasannya tidak
berkurang sepanjang tempoh polisi. Ia tidak terikat kepada pembiayaan perumahan
anda. Pelan ini untuk melindungi anda secara peribadi, bukan untuk melindungi
bank. Pampasannya tidak berkurangan sepanjang tempoh pinjaman, dan ia akan
memberi perlindungan kepada anda dan keluarga jika sesuatu berlaku kepada anda.
MLTA/MLTT sesuai untuk mereka yang memerlukan perlindungan kewangan yang lebih, terutamanya mereka yang mempunyai banyak tanggungan dan mempunyai anak yang masih kecil. Jika anda menjual rumah sedia ada dan membeli rumah yang baru, maka anda boleh pindahkan perlindungan kepada rumah yang baru.
Kadar premium untuk MRTA/MRTT
dan MLTA/MLTT adalah bergantung kepada umur dan tahap kesihatan anda. Jika anda
sudah berumur, maka premium yang dikenakan lebih mahal.
Bagi MRTA/MRTT boleh dimasukkan dalam sekali ke dalam pembiayaan perumahan, bergantung kepada bank yang menawarkan pembiayaan tersebut. Bagi MLTA/MLTT ia tidak boleh dimasukkan dalam sekali ke dalam pembiayaan perumahan.

Umur
|
28
|
28
|
Nilai Rumah/Hartanah
|
RM500,000.00
|
RM500,000.00
|
Peratus pembiayaan
|
90%
|
90%
|
Pembiayaan/Coverage
|
RM450,000.00
|
RM450,000.00
|
Kadar faedah*
|
6%
|
6%
|
Premium
|
RM11,695.50 (sekali
bayaran)
|
RM4,081.50 (tahunan)
atau
RM357.13 (bulanan)
|
Kos keseluruhan (30 tahun)
|
RM11,695.50
|
RM122,445.00
|
No claim cash back (30 years)
|
RM0
|
RM184,383.00
|
Pampasan jika TPD pada tahun ke 5
|
RM411,300.00
|
RM450,000.00
|
Pampasan jika kehilangan nyawa pada tahun ke 5
|
RM411,300.00
|
RM450,000.00
|
* Kadar
ini adalah berbeza bagi setiap orang.
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam memilih jenis takaful yang sesuai dengan keperluan anda.
Semoga bermanfaat.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240
No comments:
Post a Comment