Thursday, July 28, 2016

9 Langkah Beli Rumah Subsale



Pembelian rumah merupakan salah satu pembelian yang memerlukan modal yang agak besar. Jadi amat penting untuk anda memahami langkah-langkah yang terlibat dalam pembelian rumah. Di dalam blog Jual Beli Rumah Anda Disini, saya kongsikan kepada anda 9 Langkah Beli Rumah Subsale / Secondhand atau Rumah Terpakai.

1. Sediakan deposit sebanyak 10% daripada harga rumah dan 3 hingga 5 % untuk bayaran guaman dan stamp duty, jadi secara keseluruhan anda perlu sediakan modal 13 hingga 15% daripada harga rumah.

Anda boleh download legal fee calculator di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.QuickLVSCalculatorBoGong

2. Pergi ke laman web jual beli rumah seperti mudah.my, iproperty.com.my atau hartanahgempak.com untuk mencari rumah idaman anda.
 
3. Hubungi perunding hartanah yang mengiklankan rumah tersebut untuk membuat temujanji bagi melihat keadaan sebenar rumah yang bakal anda beli.

4. Sekiranya anda bersetuju untuk membeli rumah tersebut, jadi anda perlu membayar booking sebanyak 3% daripada harga rumah menggunakan cek atau banker cek ke atas nama Syarikat Agensi Hartanah. Anda juga perlu mengisi dan menandatangani dokumen " booking form " yang boleh diperolehi daripada perunding hartanah tersebut.


Booking Form


5. Anda perlu sediakan dokumen untuk dihantar kepada bank bagi memohon pembiayaan rumah. Anda perlu sediakan dokumen tersebut secepat mungkin kerana anda diberi masa 14 hingga 21 hari berkerja untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan daripada pihak bank.

Dokumen yang perlu disediakan:

a. Salinan kad pengenalan,
b. slip gaji 3 bulan
c. bank statement 3 bulan / 6 bulan bagi yang bekerja sendiri
d. EPF statement dan /atau borang EA,
e. dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB, atau lain-lain),
f. Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat / booking form).


6. Setelah anda memperolehi kelulusan pembiayaan rumah daripada pihak bank, maka anda perlu menandatangani "offer letter" dari pihak bank.

Offer Letter


7. Kemudian anda perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA atau SNP) dan menjelaskan baki deposit 7% kepada peguam yang dilantik. Anda juga perlu menandatangani Perjanjian Pinjaman. Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman mungkin diuruskan oleh peguam yang sama atau mungkin juga dua peguam yang berbeza.

8. Peguam akan menguruskan proses pindah milik dalam tempoh 90 hari. Dalam tempoh ini juga baki 90% daripada harga rumah akan dibuat oleh pihak bank.

Bagi hartanah berstatus pegangan bebas (freehold) tempoh 90 hari ni diambilkira dari tarikh perjanjian jual beli.

Bagi hartanah berstatus pajakan (leasehold) tempoh 90 hari ni diambilkira dari tarikh kebenaran pindah milik diperolehi dari pihak berkuasa negeri atau pemaju yang biasanya akan mengambil masa 1 hingga 6 bulan bagi mendapatkan kebenaran pindah milik.

Sekiranya proses pindah milik dan bayaran baki 90% daripada harga rumah tak diselesaikan dalam tempoh 90 hari, pembeli akan diberi tempoh tambahan 30 hari.

Dalam tempoh ini pembeli dikenakan penalti, amnya pada kadar faedah 8% setahun.

Sebelum pihak bank membayar baki 90% daripada harga rumah, anda akan diminta untuk membayar yuran penilaian rumah (valuation fee) kepada Syarikat Penilaian Hartanah (valuer). Biasanya valuation fee yang dikenakan adalah dalam 0.2% hingga 0.5% daripada harga rumah.

Anda boleh download valuation fee calculator di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ValFeeCalculatorBoGong

Pembeli juga perlu pastikan yang segala yuran tertunggak seperti bil elektrik, bil air, iwk, yuran penyelenggaraan (bagi apartment / kondominium ) dijelaskan oleh pemilik yang asal atau peguam.

Sepanjang proses pindah milik ini, anda digalakkan untuk menghubungi pihak peguam bagi mendapatkan status semasa bagi pembelian rumah anda.

9. Setelah proses pindah milik selesai, anda memperoleh kunci rumah daripada pemilik rumah yang asal.

Diharapkan dengan perkongsian 9 Langkah Beli Rumah Subsale ini, anda sudah semakin jelas dan yakin untuk membuat pembelian rumah anda.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.

Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240