Tahukah anda bahawa terdapat beberapa penting yang perlu anda lihat dan baca sebelum anda menandatangani surat tawaran (letter offer) dan perjanjian pembiayaan perumahan (loan agreement). Ini kerana anda mungkin dikenakan sebarang tindakan oleh pihak bank jika terdapat perlanggaran terma, antaranya seperti bank akan menaikkan kadar bayaran bulanan anda.
Di dalam artikel kali ni, saya senaraikan 11 perkara penting yang perlu anda lihat dan baca sebelum anda menandatangani surat tawaran (letter offer) dan perjanjian pembiayaan perumahan (loan agreement).
1. Nama dan no kad pengenalan anda
Anda perlu pastikan nama dan kad
pengenalan adalah betul, ini penting supaya tidak berlaku kelewatan proses
dalam mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah anda.
2. Alamat rumah yang dibeli
Ini penting kerana ia menentukan rumah
yang anda beli adalah betul , bukannya rumah yang lain.
3. Jenis Pembiayaan
Anda perlu pastikan jenis pembiayaan
kerana setiap jenis pembiayaan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri. Anda boleh baca tentang jenis pembiayaan di link ini >>> http://jualbelirumahandadisini.blogspot.my/2016/09/4-jenis-pakej-pembiayaan-rumah.html
4. Caj-caj
Terdapat beberapa caj yang dikenakan
oleh pihak bank yang perlu anda seperti processing fee, brokage fee, set up
fee, monthly charges, late payment charges, penalty, early settlement charges
dll.
5. Jumlah Pembiayaan
Anda perlu lihat berapakah jumlah
pembiayaan yang diberikan oleh pihak bank termasuk takaful dan legal fees jika
ada.
6. Jumlah Takaful dan Tempoh Perlindungan
Anda perlu lihat jumlah perlindungan
dan tempoh perlindungan yang ditawarkan.
7. Kadar Pembiayaan
Anda perlu lihat berapa kadar
pembiayaan dan kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank.
8. Lock In Period
Anda perlu mengetahui adakah pembiayaan
anda dikenakan lock in period, jika ada, maka anda akan dikenakan caj jika anda
menjual atau membuat pembiayaan semula dalam tempoh tersebut.
9. Early Settlement / Partial Settlement
Bahagian ini penting untuk anda
mengetahui syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu anda ambil jika anda ingin
membuat bayaran awal bagi keseluruhan pembiayaan yang diberi (early settlement)
atau anda ingin membuat pembayaran lebihan bagi mengurangkan nilai principal (partial
settlement)
10. Rebate
Bahagian ini penting untuk anda
mengetahui tentang keadaan-keadaan yang membolehkan anda memperoleh rebat bagi
pembiayaan rumah anda.
11. Default Rate / Revised EPR
Bahagian ini penting untuk anda
mengetahui berapakah kadar yang dikenakan oleh pihak bank jika anda gagal
membuat pembayaran bulanan.
Semoga
perkongsian kali ini dapat membantu anda memahami syarat-syarat dan isi
kandungan yang terdapat dalam surat tawaran (letter offer) dan perjanjian
pembiayaan perumahan (loan agreement) anda.
Semoga bermanfaat.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties
Taman Danau Desa
011-3290 7240
No comments:
Post a Comment