Tuesday, September 6, 2016

10 Cara dapatkan Modal untuk Beli Rumah



Salah satu cabaran yang sering dihadapi untuk membuat pembelian rumah adalah untuk mendapatkan modal untuk beli rumah.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk dapatkan modal bagi pembelian rumah.

Sebelum itu, anda perlu tetapkan target sebanyak 15% daripada harga rumah. Sebagai contoh, jika harga rumah RM100 ribu, maka akan perlu dapatkan modal sebanyak RM15 ribu.

1. Buat Tabung Simpanan

Anda boleh buka akaun khas seperti akaun Tabung Haji untuk anda kumpul modal. Jika anda mampu simpan, RM500 setiap bulan, maka anda memerlukan tempoh 30 bulan untuk mencapai target anda.

2. Pinjam dari Ahli Keluarga

Jika anda dari kalangan keluarga yang agak berkemampuan, mungkin anda boleh cuba-cuba buat pinjaman dari ahli keluarga anda. Sebaiknya anda jangan membuat pinjaman sejumlah yang besar kepada seorang individu tetapi anda mungkin boleh meminjam sejumlah kecil daripada beberapa orang individu.

Sebagai contoh, anda mungkin boleh pinjam RM3000 kepada 5 individu yang berbeza. Anda juga lupa pula untuk membayar semula kepada mereka. Anda mungkin boleh bayar kepada mereka RM100 setiap bulan selama 30 bulan.

3.Keluarkan Duit KWSP Akaun 2
Ini merupakan cara yang paling popular. Anda boleh mengeluarkan duit KWSP Akaun 2 untuk membayar deposit bagi pembelian rumah anda.

Maklumat lanjut tentang pengeluaran wang KWSP akaun 2 anda boleh lihat di link berikut:

http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/withdrawal-to-purchase-a-house

4. Membuat Pinjaman Peribadi

Cara ini merupakan cara yang paling tidak digalakkan. Sebaiknya anda mempertimbangkan cara yang lain terlebih dahulu.
Jika anda ingin menggunakan kaedah ini, anda perlu membuat perkiraan sebaiknya.

5. Buat Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust) merupakan satu lagi pilihan yang ada yang boleh anda gunakan untuk mengumpul modal bagi pembelian rumah.

Pelaburan Unit Amanah ada yang mempunyai risiko yang rendah dan ada yang mempunyai risiko yang tinggi. Ia bergantung kepada dana yang anda pilih.

Anda perlu melihat prospektus sesebuah dana bagi membantu anda membuat pilihan dana yang portfolio yang terbaik dan yang bersesuaian dengan matlamat anda. Perkara yang perlu anda di dalam prospektus adalah sejarah dividen, sejarah kadar pulangan yang pernah diberikan. Walaupun pencapaian yang lepas tidak menjamin, pencapaian yang akan datang, tetapi ia kita dapat gunakan sebagai 'benchmark' untuk anda membuat penilaian atau keputusan.

6. Buat Pelaburan Saham

Pelaburan Saham pula lebih mencabar kerana ia memerlukan anda mempunyai pengetahuan analisis fundamental dan analisis teknikal bagi sesebuah saham. Anda perlu melihat kedua-dua bahagian analisis sebelum anda membuat keputusan untuk melabur di dalam saham tersebut.

Sememangnya dalam pelaburan saham, anda boleh membuat keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat, tetapi sekiranya anda tersilap langkah, ia akan mengundang padah.

Jika anda ingin terjun ke dalam pelaburan saham, anda seharusnya mempunyai ilmu tentangnya, jika tidak anda sangat berisiko mengalami kerugian.

7. Buat Bisnes Sampingan

Ini merupakan pilihan yang agak popular pada zaman sekarang. Anda boleh menggunakan facebook, instagram dan whatsapp bagi membantu anda membuat bisnes sampingan. Anda mungkin boleh bermula sebagai agen dropshipper kepada sesebuah produk.
Selain itu, anda juga mungkin boleh membuat bisnes sampingan seperti menjual burger.

8. Buat kerja part time

Anda boleh juga memilih untuk membuat kerja part time bagi membantu anda mengumpul modal bagi pembelian rumah. Anda boleh menjadi pemandu melalui program uber, anda boleh menawarkan servis di fiverr.com atau freelancer.com berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang anda ada.

9. Joint venture

Cara ini sesuai jika anda ingin membeli rumah untuk dijual semula bagi mendapatkan keuntungan atau untuk disewakan. Anda boleh bahagikan keuntungan atau hasil sewa kepada rakan kongsi anda.

10. Pembiayaan semula rumah

Teknik ini sesuai jika anda telah memiliki rumah. Anda boleh membuat pembiayaan semula (refinancing) bagi membantu anda untuk mendapatkan modal bagi pembelian rumah yang seterusnya.

Idea-idea yang dikongsikan di dalam blog Jual Beli Rumah Anda Disini merupakan sebahagian idea yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan modal bagi pembelian rumah.

Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.

Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240


No comments:

Post a Comment