Friday, September 9, 2016

4 Jenis Pakej Pembiayaan Rumah



Tahukah Anda Jenis-jenis Pakej Pembiayaan Rumah yang ditawarkan oleh pihak bank? Pentingkah untuk mengetahui jenis-jenis pembiayaan ini?

Dengan mengetahui jenis-jenis pembiayaan ini, maka anda dapat membuat pilihan jenis pembiayaan yang mana yang sesuai dengan anda.
Biasanya terdapat 4 jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak bank

1. Term Loan

Ini merupakan pakej yang biasanya ditawarkan oleh pihak bank. Kadar keuntungan bagi jenis pembiayaan Term Loan ini dikira berdasarkan baki bulanan dari jumlah pembiayaan. Anda boleh masukkan lebihan wang ke akaun pembiayaan dengan membuat permohonan kepada bank, tetapi anda tidak dibenarkan membuat pengeluaran wang lebihan tersebut.

2. Term Loan OD

Term loan OD biasanya ditawarkan kepada mereka yang menjalankan perniagaan. Pembiayaan jenis ini, memberikan kemudahan overdraf bersekali dengan pembiayaan rumah. Anda boleh gunakan kemudahan overdraf ini untuk pembelian rumah yang lain, untuk modal perniagaan dan sebagainya. Kadar keuntungan bagi jenis pembiayaan Term Loan OD ini juga dikira berdasarkan baki bulanan dari jumlah pembiayaan.

3. Semi Flexi

Jika anda ditawarkan pembiayaan jenis Semi flexi, anda akan diberikan dua jenis akaun, satu akaun simpanan (saving account) dan satu akaun pembiayaan (housing loan account). Anda boleh masukkan lebihan wang ke akaun pembiayaan bagi mengurangkan kadar keuntungan yang diambil oleh pihak bank.

Anda juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari lebihan wang yang anda masukkan dalam akaun pembiayaan tetapi anda akan dikenakan caj bagi pengeluaran tersebut.

Jumlah pengeluaran juga terhad kepada nilai minima tertentu, contohnya anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran minima RM5000. Kadar keuntungan bagi jenis pembiayaan Semi Flexi ini dikira berdasarkan baki harian dari jumlah pembiayaan.

4. Full flexi

Bagi pembiayaan jenis Full Flexi anda juga diberikan dua jenis akaun, satu akaun semasa (current account) dan satu akaun pembiayaan (housing loan account). Untuk jenis full flexi, anda hanya perlu masukkan wang lebihan ke dalam akaun semasa untuk mengurangkan kadar keuntungan yang diambil oleh pihak bank.

Anda juga boleh membuat pengeluaran wang daripada akaun semasa pada bila-bila masa yang anda perlukan tanpa sebarang caj dikenakan. Anda juga tidak terhad kepada jumlah pengeluaran minima. Kadar keuntungan bagi jenis pembiayaan Full Flexi ini juga sama seperti semi flexi, dikira berdasarkan baki harian dari jumlah pembiayaan.


Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam memilih jenis pembiayaan yang sesuai dengan keperluan anda.

Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
                                                          
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240

No comments:

Post a Comment