Biasanya untuk pembelian rumah second hand (subsale), tempoh yang diambil adalah di antara 3 hingga 24 bulan, bergantung kepada status atau keadaan sesebuah rumah
1. Pembeli membuat bayaran 3.18% deposit, & menandatangani OTP (Offer to Purchase) sebagai tanda bersetuju untuk membuat pembelian rumah tersebut
2. Penjual menandatangi OTP, sebagai tanda bersetuju menjual rumah tersebut
3. Pembeli perlu memohon pembiayaan daripada bank & menandatangani LO (Letter Offer) dalam tempoh 14 hari bekerja
4. Pembeli perlu menandatangani SNP (Sale and Purchase Agreement) & bayar baki 6.82%
5. Peguam akan melengkapkan proses jual beli yang biasanya akan mengambil masa 3 hingga 24 bulan. Dalam tempoh ini, pembeli mungkin diminta untuk membayar yuran jurunilai (valuer fee), bergantung kepada pakej pembiayaan bank
6. Bank pembeli membuat bayaran kepada bank penjual. Pembeli akan diminta oleh pihak bank untuk membuat pembayaran berdasarkan surat yang akan dihantar oleh pihak bank. Biasanya bayaran tersebut adalah kurang daripada bayaran bulanan (installment) yang perlu dibayar kepada bank.
7. Peguam membuat bayaran baki kepada penjual, dan beri kunci rumah kepada pembeli
Semoga perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada anda.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240
No comments:
Post a Comment