Dalam proses jual beli rumah, salah satu perkara yang sering berlaku adalah double transfer dan direct transfer. Keadaan ini berlaku jika strata title telah dikeluarkan oleh pihak pemaju dan dalam proses penukaran nama dari pihak pemaju kepada pembeli.
Double transfer (pemindahan berganda) bermaksud nama di dalam geran akan ditukarkan kepada pembeli pertama (tuan rumah semasa), kemudian baru ditukarkan nama kepada pembeli kedua.
Untuk proses penukaran nama dari pemaju kepada pembeli pertama (tuan rumah semasa), pembeli pertama tersebut perlu membayar yuran guaman dan duti setem.
Untuk proses penukaran nama dari pembeli pertama (tuan rumah semasa) kepada pembeli kedua, pembeli kedua tersebut perlu membayar yuran guaman dan duti setem.
Proses double transfer ini memakan masa yang agak lama.
Direct transfer (pemindahan terus) pula adalah proses pertukaran nama di dalam geran daripada pemaju terus kepada pembeli kedua. Proses ini adalah lebih cepat, dan pembeli pertama (tuan rumah semasa) tidak perlu membuat bayaran yuran guaman dan duti setem bagi proses tersebut dan hanya pembeli kedua sahaja yang perlu membayar yuran guaman dan duti setem.
Walaubagaimanapun tidak banyak pemaju yang bersetuju untuk melakukan direct transfer.
Untuk hartanah yang masih lagi master title (geran masih lagi atas nama pemaju) dan strata title masih belum dikeluarkan, Deed of assignment akan digunakan.
Semoga perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada anda.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240
No comments:
Post a Comment