Thursday, October 20, 2016

9 Jenis Rumah yang Patut Anda Tahu Semasa Membeli Rumah


Terdapat 9 jenis rumah yang biasa didapati di Malaysia. Dengan mengenali jenis-jenis
rumah yang ada akan memudahkan anda membuat pilihan rumah idaman anda.


1. Rumah teres / Terraced house



Rumah teres adalah rumah yang bersambung yang tiada ruang kosong antara rumah yang sebelah-menyebelah kecuali rumah yang berada di bahagian yang paling hujung (corner lot dan end lot) biasanya akan ada sedikit tanah kosong. Rumah teres juga dikenali sebagai linked house.



2. Rumah berkembar / Semi-detached


Rumah berkembar adalah rumah yang bercantum secara dua rumah sebelah menyebelah, dan terdapat ruang kosong antara rumah yang seterusnya. Rumah jenis ini bercantum di tengah dan terdapat ruang kosong di tepi yang bertentangan. Ini bermaksud rumah berkembar pasti mempunyai ruang kosong di sebelah tepi setiap rumah.




3. Rumah cluster


Rumah cluster adalah rumah yang bercantum di bahagian belakang rumah. Rumah cluster mungkin boleh terdiri daripada rumah teres dan rumah berkembar. Berbeza dengan rumah teres dan rumah berkembar bukan cluster adalah di mana rumah tersebut terdapat sedikit ruang jalan di belakang rumah.



4. Banglo / Bungalow


Rumah banglo adalah rumah yang mempunyai kawasan yang luas untuk dirinya sendiri dan jarak antara sebuah rumah banglo dengan banglo yang lain agak jauh. Rumah banglo juga dekenali sebagai detached house (rumah terpisah).



5. Flat / Pangsapuri Kos Rendah



Rumah flat atau pangsapuri kos rendah adalah rumah bertingkat yang dibina di dalam satu kawasan yang mempunyai beberapa blok bangunan. Setiap blok biasanya mempunyai 3 hingga 14 tingkat atau lebih. Rumah flat biasanya mempunyai keluasan dalam 600 lebih kaki per segi. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah. Kebiasaannya flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan, pengurusan lif yang baik. Namun ada juga flat yang mempunyai taman permainan kanak-kanak, kedai-kedai dan surau. Biasanya tiada parking khas yang disediakan untuk setiap pemilik rumah.


6. Pangsapuri Kos Sederhana / Apartment



Pangsapuri kos sederhana mempunyai keluasan yang lebih besar sedikit dari flat dan lebih kecil sedikit dari kondominium. Pangsapuri kos sederhana biasanya mempunyai keluasan dalam 700 hingga 1000 kaki per segi. Antara kemudahan yang disediakan adalah pengawal keselamatan, ruang tempat kereta berdaftar, kolam renang dan kedai-kedai.


7. Pangsapuri Berservis / Serviced Apartment



Pangsapuri berservis merupakan pangsapuri yang dibina di atas tanah komersial. Di bahagian bawah pangsapuri berservis terdapat pasaraya dan lot-lot kedai. Biasanya pangsapuri berservis dilengkapi kemudahan seperti pengawal keselamatan, kolam renang, gym, laundry dan pelbagai fasiliti yang hampir sama dengan kondominium.


8. Kondominium



Kondominium adalah rumah bertingkat yag paling mewah yang biasanya mempunyai keluasan 1000 kaki per segi ke atas. Rekabentuknya moden, luas, dan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih banyak. Pengawal keselamatan kondominium biasanya sangat tegas. Setiap pemilik atau penyewa akan mempunyai kad akses untuk memasuki kawasan kondominium. Pelawat dan pemandu teksi perlu mendaftar diri waktu masuk dan keluar kawasan kondominium. Kondominium biasanya mempunyai sebuah unit yang dinamakan clubhouse yang menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat pengurusan, laundry dan pelbagai kemudahan lain yang disediakan untuk pemilik dan penyewa.


9. Rumah bandar / Townhouse



Rumah bandar atau townhouse adalah rumah yang biasanya dibina 2 atau 3 tingkat yang setiap tingkat mempunyai pemilik yang berasingan dan ia dibina kelihatan seperti rumah teres .

Semoga perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.

Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240



No comments:

Post a Comment