Terdapat 9 jenis rumah yang biasa didapati di Malaysia. Dengan
mengenali jenis-jenis
rumah yang ada akan memudahkan anda membuat pilihan rumah
idaman anda.
1. Rumah teres / Terraced house
Rumah teres adalah rumah yang bersambung yang tiada ruang kosong
antara rumah yang sebelah-menyebelah kecuali rumah yang berada di bahagian yang
paling hujung (corner lot dan end lot) biasanya akan ada sedikit tanah kosong.
Rumah teres juga dikenali sebagai linked house.
2. Rumah berkembar / Semi-detached
Rumah berkembar adalah rumah yang bercantum secara dua rumah sebelah
menyebelah, dan terdapat ruang kosong antara rumah yang seterusnya. Rumah jenis
ini bercantum di tengah dan terdapat ruang kosong di tepi yang bertentangan.
Ini bermaksud rumah berkembar pasti mempunyai ruang kosong di sebelah tepi
setiap rumah.
3. Rumah cluster
Rumah cluster adalah rumah yang bercantum di bahagian belakang rumah. Rumah
cluster mungkin boleh terdiri daripada rumah teres dan rumah berkembar. Berbeza
dengan rumah teres dan rumah berkembar bukan cluster adalah di mana rumah
tersebut terdapat sedikit ruang jalan di belakang rumah.
4. Banglo / Bungalow
Rumah banglo adalah rumah yang mempunyai kawasan yang luas untuk dirinya sendiri
dan jarak antara sebuah rumah banglo dengan banglo yang lain agak jauh. Rumah
banglo juga dekenali sebagai detached house (rumah terpisah).
5. Flat / Pangsapuri Kos Rendah
Rumah flat atau pangsapuri kos rendah adalah rumah bertingkat yang dibina di
dalam satu kawasan yang mempunyai beberapa blok bangunan. Setiap blok biasanya
mempunyai 3 hingga 14 tingkat atau lebih. Rumah flat biasanya mempunyai
keluasan dalam 600 lebih kaki per segi. Rumah jenis ini adalah rumah yang
paling murah. Kebiasaannya flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti
pengawal keselamatan, pengurusan lif yang baik. Namun ada juga flat yang
mempunyai taman permainan kanak-kanak, kedai-kedai dan surau. Biasanya tiada
parking khas yang disediakan untuk setiap pemilik rumah.
6. Pangsapuri Kos Sederhana / Apartment
Pangsapuri kos sederhana mempunyai keluasan yang lebih besar sedikit
dari flat dan lebih kecil sedikit dari kondominium. Pangsapuri kos sederhana
biasanya mempunyai keluasan dalam 700 hingga 1000 kaki per segi. Antara kemudahan
yang disediakan adalah pengawal keselamatan, ruang tempat kereta berdaftar,
kolam renang dan kedai-kedai.
7. Pangsapuri Berservis / Serviced Apartment
Pangsapuri berservis merupakan pangsapuri yang dibina di atas tanah
komersial. Di bahagian bawah pangsapuri berservis terdapat pasaraya dan lot-lot
kedai. Biasanya pangsapuri berservis dilengkapi kemudahan seperti pengawal
keselamatan, kolam renang, gym, laundry dan pelbagai fasiliti yang hampir sama
dengan kondominium.
8. Kondominium

Kondominium adalah rumah bertingkat yag paling mewah yang biasanya
mempunyai keluasan 1000 kaki per segi ke atas. Rekabentuknya moden, luas, dan
dilengkapi dengan kemudahan yang lebih banyak. Pengawal keselamatan kondominium
biasanya sangat tegas. Setiap pemilik atau penyewa akan mempunyai kad akses
untuk memasuki kawasan kondominium. Pelawat dan pemandu teksi perlu mendaftar
diri waktu masuk dan keluar kawasan kondominium. Kondominium biasanya mempunyai
sebuah unit yang dinamakan clubhouse yang menyediakan kemudahan seperti kolam
renang, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat pengurusan, laundry dan pelbagai
kemudahan lain yang disediakan untuk pemilik dan penyewa.
9. Rumah bandar / Townhouse
Rumah bandar atau townhouse adalah rumah yang biasanya dibina 2 atau 3
tingkat yang setiap tingkat mempunyai pemilik yang berasingan dan ia dibina
kelihatan seperti rumah teres .
Semoga perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada anda.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa
rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240