Tuesday, August 23, 2016

Cara Nak Pilih Peguam bagi Pembelian Rumah



Ini merupakan salah satu lagi perkara yang penting di dalam jual beli rumah iaitu pemilihan peguam. Seringkali pembeli tidak pasti bagaimana mereka boleh mendapatkan peguam bagi pembelian rumah. Pemilihan peguam yang salah, akan menyebabkan anda akan mengalami masalah dalam proses jual beli rumah. Sekiranya peguam yang anda lantik tidak mempunyai pegalaman di dalam proses jual beli rumah, maka mungkin akan berlaku kelewatan dalam proses pindah milik yang mana anda dikenakan penalti biasanya sebanyak 8% setahun.

Adalah amat penting untuk anda pastikan yang anda melantik peguam yang betul. Terdapat dua jenis peguam yang dilantik dalam pembelian rumah iaitu peguam yang menguruskan penyediaan dokumen perjanjian jual beli (SPA) dan peguam yang menguruskan dokumen untuk pembiayaan perumahan. Anda hendaklah pastikan peguam yang anda lantik telah berpengalaman dalam urusan jual beli rumah.

Untuk peguam yang terlibat di dalam penyediaan dokumen perjanjian jual beli (SPA), dia akan juga terlibat di dalam proses pindah milik daripada tuan rumah sedia ada kepada anda sebagai pembeli.

Untuk peguam yang terlibat di dalam penyediaan dokumen untuk pinjaman perumahan, dia akan akan membantu anda menyediakan dokumen loan agreement, deed of assigment, power of attorney dan beberapa lagi dokumen yang berkaitan. Anda hendaklah memastikan bahawa peguam yang menguruskan bahagian ini adalah merupakan peguam panel kepada bank yang anda ingin membuat pembiayaan.

Terdapat beberapa situasi, di mana peguam yang menguruskan SPA dan peguam yang menguruskan loan agreement adalah peguam yang sama. Ada juga kes yang peguam yang menguruskan SPA berbeza dengan peguam yang menguruskan loan agreement.

Bagi anda yang belum pernah berurusan dengan mana-mana peguam untuk pembelian rumah, anda mungkin boleh mendapatkannya daripada rakan-rakan, saudara-mara yang pernah berurusan dengan peguam dalam pembelian rumah. Selain itu anda juga boleh gunakan peguam dari perunding hartanah yang anda berurusan kerana biasanya mereka mempunyai kenalan yang ramai di kalangan peguam.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat pemilihan peguam yang betul.

Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.


Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240


No comments:

Post a Comment