Friday, August 12, 2016

Cara Kira Kelayakan Pinjaman Rumah


Kenapa anda perlu mengetahui Cara Kira Kelayakan Pinjaman Rumah ? Anda perlu tahu kerana ia akan memudahkan anda menentukan jumlah pembiayaan yang anda layak bagi membuat pembelian rumah. Sekiranya anda dah tahu harga rumah yang layak anda beli, maka lebih mudah untuk anda mencari rumah yang sesuai dengan kelayakan anda.

Bagi membuat pengiraan kelayakan pinjaman rumah, anda perlu ketahui jumlah pendapatan bersih dan jumlah komitmen yang anda bayar setiap bulan. Jumlah komitmen adalah seperti yang terdapat dalam rekod laporan CCRIS.


Apa itu laporan CCRIS ? Laporan CCRIS adalah laporan yang menunjukkan senarai komitmen yang anda ada dan cara anda membuat bayaran.  Adakah anda membuat bayaran yang tepat setiap bulan atau ada tunggakan beberapa bulan.

Sekiranya anda membuat bayaran tepat pada masa setiap bulan, maka dalam laporan CCRIS anda akan dipaparkan nilai 0, jika terlewat bayar selama 1 bulan, maka akan dipaparkan nilai 1, jika lewat 2 bulan maka akan dipaparkan 2, begitulah seterusnya.

Adalah amat penting untuk anda pastikan bayaran bulanan anda tiada sebarang tunggakkan bagi memudahkan anda memperoleh pembiayaan dari pihak bank.

Jumlah pendapatan dan jumlah komitmen anda akan digunakan oleh pihak bank bagi menentukan kadar tanggungan hutang anda, ia biasanya dipanggil DSR (Debt Service Ratio) atau DBR (Debt Burden Ratio)

Formula pengiraan DBR / DSR adalah Jumlah Pendapatan bahagi dengan Jumlah komitmen dan didarabkan dengan seratus.

DBR / DSR = (Jumlah Komitmen / Jumlah Pendapatan) x 100

Biasanya pendapatan yang diambilkira dalam pengiraan DBR / DSR adalah Gaji Bersih , Dividen (ASB, shares), sewaan, Pendapatan Perniagaan (berdaftar dengan SSM & LHDN)

Untuk komitmen pula biasanya yang diambilkira dalam pengiraan DBR / DSR adalah Pembiayaan kereta, Pembiayaan Rumah, Personal Loan (ASB, PTPTN, dsb), Kad Kredit.

Untuk kad kredit biasanya bank akan mengambilkira 5% daripada outstanding balance yang terdapat dalam CCRIS sebagai komitmen bulanan.

Nilai maksimum DBR / DSR biasanya bergantung kepada jumlah pendapatan seseorang. Biasanya bagi pendapatan kurang RM3000, DBR / DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%. Bagi pendapatan RM3000 hingga RM7000, 70%, dan pendapatan RM7000 ke atas, 85%. Walaubagaimanapun kadar ini berbeza antara sesebuah bank dgn sesebuah bank. Oleh sebab itu, anda dicadangkan untuk membuat permohonan pembiayaan sekurang-kurangnya 3 buah bank.

Sebagai contoh:

Gaji Bersih = RM5000
Pembiayaan kereta = RM600
Personal Loan = RM300
5% Outstanding Kad Kredit (RM2000) = RM100

DBR / DSR = ((RM600 + RM300 + RM100) / RM5000 ) x 100 = 20%


Baki DBR / DSR  yang tinggal = DBR/ DSR Maksimum - DBR / DSR Semasa

Baki DBR / DSR yang tinggal adalah 50% (70% - 20 % = 50%)


Untuk mengira baki pembiayaan yang layak anda mohon, anda perlu darabkan 50% dengan Jumlah pendapatan anda.

Baki Pembiayaan Yang Layak = Baki DBR / DSR  x  Jumlah Pendapatan

50% x RM5000 = RM2500

Jadi anda layak untuk memohon pembiayaan rumah yang mempunyai bayaran bulanan sebanyak RM2500.

Untuk mengetahui jumlah pembiayaan yang anda boleh mohon, anda perlu darabkannya dengan 200.


Jumlah Pembiayaan Yang Boleh Mohon = Baki Pembiayaan Yang Layak x 200

RM2500 x 200 = RM500 000

Jadi anda layak untuk membuat pembiayaan sebanyak RM500 ribu.

Sekiranya anda ingin membuat pembiayaan rumah bagi rumah pertama dan kedua maka anda layak memperoleh pembiayaan 90% daripada harga rumah. Bagi rumah ketiga dan seterusnya , anda hanya layak mendapat  pembiayaan 70% daripada harga rumah.

(RM500k x 100) / 90 = RM555 555,

Jadi rumah yang layak anda beli adalah berharga RM555 555 ke bwh.

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda membuat Pengiraan Kelayakan Pinjaman Rumah anda.

Semoga bermanfaat.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.

Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa
011-3290 7240

No comments:

Post a Comment