Wednesday, August 17, 2016

Cara Nak Pilih Bank untuk Pembiayaan Rumah



Biasanya bila nak buat pembiayaan bank, anda mungkin akan mengalami delima nak pilih bank yang mana. Bank mana yang terbaik?

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan dalam membuat pilihan bank. Di sini saya kongsikan 6 kriteria utama yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih bank untuk pembiayaan rumah anda.

1) Islamik atau Konvesional

Sebagai seorang Islam, sudah semestinya anda seharusnya mengambil pembiayaan Islamik. Pembiayaan Islamik banyak kelebihan, antaranya ialah biasanya pembiayaan islamik tidak mempunyai lock in period dan mempunyai had keuntungan maksimum yang boleh diambil oleh pihak bank. Kadar keuntungan yang diambil oleh bank biasanya bergantung kepada nilai BLR / BFR atau BR / BR-i. Sekiranya nilai BLR / BFR atau BR / BR-i naik, maka kadar keuntungan bank juga meningkat.

Sebagai contoh sekiranya pembiayaan yang anda ambil itu mempunyai had 10%, maka bank hanya boleh mengambil keuntungan sehingga 10% sahaja, walaupun kadar BLR / BFR atau BR / BR-i telah naik sehingga 12%.

2) Kadar Keuntungan Bank

Kadar keuntungan bank merupakan faktor penting dalam memilih pembiayaan untuk rumah anda. Jika kadar keuntungan rendah, maka bayaran bulanan anda juga rendah.

3) Tempoh Pembiayaan

Biasanya tempoh pembiayaan maksimum yang boleh diberi oleh sesebuah bank adalah 35 tahun. Sekiranya anda berumur 35 tahun ke bawah maka anda layak untuk mendapat pembiayaan sehingga 35 tahun. Sekiranya umur anda 35 tahun ke atas, maka tempoh pembiayaan anda adalah kurang dari 35 tahun.

Bagi anda yang sudah melebihi 35 tahun. Cara untuk mengira tempoh pembiayaan maksimum adalah dengan menggunakan formula di bawah:
Tempoh Pembiayaan Maksimum = 70 - umur anda

Jika umur anda adalah 40 tahun, maka anda layak mendapat pembiayaan sehingga 30 tahun.

Jadi amatlah disarankan anda supaya membeli rumah pada seawal usia yang boleh. Kenapa pentingnya tempoh pembiayaan ini? Ini kerana tempoh pembiayaan yang lagi panjang, maka kadar bayaran bulanan anda semakin rendah.

4) Lock in Period
Apa itu lock in period ? Lock in period adalah tempoh sekatan yang dikenakan oleh pihak bank bagi menghalang anda dari menjual rumah atau membuat pembiayaan semula ke bank lain dalam tempoh tertentu.

Contohnya jika bank mengenakan lock in period selama 3 tahun, maka anda tidak boleh menjual rumah atau membuat pembiayaan semula ke bank lain. Jika tidak maka anda akan dikenakan Denda (Penalty) .
Sekiranya anda ada perancang untuk menjual rumah yang anda beli dalam tempoh terdekat maka perkara ini harus dipertimbangkan.

5) Margin Pembiayaan

Margin pembiayaan adalah peratus pembiayaan yang sanggup diberi oleh pihak bank. Biasanya untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, margin pembiayaan yang biasa diberi oleh pihak bank adalah 90% margin of financing (MOF).

Jadi baki 10% daripada harga rumah, anda perlu sediakan sendiri.

Untuk pembiayaan rumah ketiga dan seterusnya, biasanya bank akan memberikan pembiayaan sehingga 70%.

Semakin tinggi margin pembiayaan yang diberikan oleh pihak bank, maka semakin rendahlah modal yang anda perlu keluarkan bagi membuat pembelian rumah.

6) Fleksibel
Biasanya bank mempunyai 4 jenis pembiayaan iaitu term loan, term loan OD, fleksi dan semi fleksi. Sekiranya pembiayaan yang anda pilih adalah fleksi dan semi fleksi, maka anda mempunyai kelebihan untuk mengurangkan nilai principal pembiayaan anda.

Dengan cara ini anda dapat mempercepat tempoh anda menyelesaikan pembiayaan kepada beberapa tahun. Anda mungkin mempercepatkan tempoh daripada 35 tahun kepada 20 tahun atau 15 tahun atau lebih cepat lagi, bergantung kepada strategi yang anda gunakan.

Fleksi dan semi fleksi berbeza berbanding term loan dan term loan OD yang hanya boleh diselesaikan dengan full settlement sahaja. Jika pembiayan anda adalah term loan dan term loan OD, anda bayar lebih sekalipun setiap bulan, ia hanya dikira sebagai advance payment sahaja.

Apa itu advance payment? Ia adalah jumlah yang anda bayar melebihi bayaran bulanan yang sepatutnya anda bayar. Contohnya, bayaran bulanan anda adalah RM800, tapi anda bayar RM1000, maka RM200 yang anda bayar tu, akan dikira sebagai bayaran untuk bulan seterusnya.
Semoga perkongsian tentang Cara Memilih Bank untuk Pembiayaan Rumah ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih bank yang terbaik untuk anda.

Oh ya, saya ingin ingatkan juga kepada anda supaya setiap kali anda ingin memohon pembiayaan bank, pastikan anda menghantar kepada sekurang-kurangnya 3 buah bank serentak.


Semoga bermanfaat. 

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.

Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties Taman Danau Desa

011-3290 7240

No comments:

Post a Comment