Wednesday, November 9, 2016

Pasaran Hartanah di Malaysia pada Tahun 2016



Jika dilihat pada Indeks Harga Rumah di Malaysia, didapati harga rumah telah mulai stabil, setelah mengalami penurunan bermula akhir tahun 2013 hingga tahun 2015.

Di Malaysia, sejarah penurunan harga terendah adalah pada tahun 1997 dan 1998 iaitu sebanyak 10%.

Ada pakar yang berpendapat bahawa harga rumah akan mula mengalami sedikit kenaikan mulai tahun 2017, ada juga yang berpendapat harga akan kekal.

Berdasarkan bajet 2017 yang baru dibentangkan, kerajaan memfokuskan kepada pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Jadi ini mungkin akan menyebabkan pemaju akan mula menukar strategi mereka dengan membuat pembangunan yang memfokuskan kepada golongan tersebut.

Berkemungkinan rumah yang berkeluasan lebih kecil dan berharga RM500 ribu ke bawah akan lebih banyak dibina.

Apa pula pandangan anda?


#NotaHartanah #InfoHartanah #Bajet2017

No comments:

Post a Comment