Tahukah anda bahawa geran memainkan peranan yang penting di dalam pemilikan hartanah. Hartanah yang telah mempunyai geran lebih mudah untuk dipindahmilik.
Biasanya terdapat 3 jenis geran iaitu
1) Geran Induk (Master Title)
Geran Induk adalah geran yang diperoleh oleh pihak pemaju untuk membangunkan projek pembangunan di tanah tersebut.
2) Geran Individu (Individual Title)
Geran Individu adalah geran yang diberikan kepada pemilikan rumah atas tanah (landed property)
3) Geran Strata (Strata Title)
Geran Strata adalah geran yang diberikan kepada pemilikan rumah berbilang tingkat seperti pangsapuri dan kondominium. Selain itu juga geran strata juga diberikan kepada pemilikan rumah atas tanah yang mempunyai perkongsian kemudahan bersama seperti rumah komuniti berpagar (gated guarded)
Bagi rumah yang masih dalam Master Title dan sudah melebihi tempoh 10 tahun projek siap, kebanyakan bank tidak memberikan pembiayaan. Hanya beberapa buah bank sahaja yang memberikan pembiayaan untuk rumah yang sedemikian.
Sebagai pemilik rumah, anda seharusnya memastikan bahawa anda memperoleh geran individu atau strata sebaik sahaja pemaju mengeluarkan notis pindahan dari Master Title ke Individual Title atau Strata Title. Jika tidak anda mungkin akan mengalami masalah ketika hendak menjual rumah anda nanti.
Satu masalah yang sering berlaku adalah dimana rumah yang dimiliki masih lagi master title tetapi pemaju telah pun gulung tikar (bankrupt). Jika keadaan ini berlaku, anda akan mengalami masalah untuk menjual rumah melainkan liqiudator telah dilantik bagi menggantikan pemaju yang telah bankrupt. Jika sudah ada liquidator barulah anda boleh menjual rumah anda, jika tidak anda tidak dapat menjual rumah anda.
Bagaimana anda boleh mengetahui sesebuah rumah itu telah mempunyai ke Individual Title atau Strata Title?
Terdapat 4 cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan status title bagi sesebuah rumah
1) Anda boleh menyemak dengan pihak pemaju yang membangunkan projek
tersebut
2)
Anda boleh menyemak dengan pihak yang menyelenggara dan menguruskan bangunan
tersebut (Joint Management Body)
atau biasa dipanggil JMB
3) Jika anda ada rakan dari kalangan Penilai (Valuer), anda juga boleh bertanya kepada mereka
4) Anda juga boleh bertanya kepada Perunding Hartanah yang menjual rumah tersebut
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam memastikan rumah yang anda ingin beli atau jual telah memiliki individual title, strata title atau masih lagi master title.
Semoga bermanfaat.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
3) Jika anda ada rakan dari kalangan Penilai (Valuer), anda juga boleh bertanya kepada mereka
4) Anda juga boleh bertanya kepada Perunding Hartanah yang menjual rumah tersebut
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam memastikan rumah yang anda ingin beli atau jual telah memiliki individual title, strata title atau masih lagi master title.
Semoga bermanfaat.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah atau sewa rumah, anda boleh whatsapp saya di 011-3290 7240.
Rushaidin
Perunding Hartanah Chester Properties
Taman Danau Desa
011-3290 7240
No comments:
Post a Comment